Tuesday, March 30, 2010

The Porta de Santiago

Ini merupakan salah satu peninggalan Senibina Eropah yang ada di Melaka..ia merupakan sebuah pintu kecil bagi kubu yang di bina oleh orang2 Portugis semasa pendudukan mereka di Melaka semenjak tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque...Tujuan mereka menakluk Melaka pada ketika itu adalah untuk menguasai laluan utama perdagangan rempah dari China...pada ketika itu Kubu ini dianggap yang terpanjang dan memiliki 4 buah menara...Kebanyakkan dari penduduk Melaka pada ketika itu tinggal di dalam kawasan lingkungan kubu ini dan pada 1586 ia telah dibesarkan kerana bilangan penduduk yang semakin ramai...pada tahun 1641 Kubu ini telah bertukar tangan kepada orang Belanda yang telah berjaya menghalau Potugis keluar...dan pada abad ke-19 ia telah bertukar tangan lagi..kali ini orang2 Belanda telah menyerahkannya kepada orang2 British..ini kerana bagi mengelakkan Kubu ini dari jatuh ke tangan kerajaan Perancis iaitu Nepolean...Kubu ini sebenarnya hampir dirobohkan tetapi telah diselamatkan oleh Sir Stamford Raffles pada 1810 sewaktu beliau melawat Melaka pada ketika itu...dan Kubu ini masih lagi berdiri sehingga ke hari ini...

No comments:

Post a Comment